5 Khasiat Kebaikan Kegunaan Buah Limau Nipis Yang Perlu Anda Ketahui



5 Khasiat Kebaikan Kegunaan Buah Limau Nipis Yang Perlu Anda Ketahui

Berikut disenaraikan kebaikan dan kegunaan buah limau nipis dalam kegunaan seharian.

1. Limau Nipis dapat membantu proses mengempiskan perut.
Ambil perahan air limau nipis dan campurkan dengan kapur sirih serta minyak kayu putih. Campurkan semuanya lalu sapu pada bahagian perut,pinggang,belakang serta paha.Selain itu,boleh juga dicampurkan dengan campuran kapur sirih dan asam jawa.

2. Limau nipis juga boleh diguna untuk melembutkan tangan dan kulit muka.
Ambil perahan air limau nipis bersama-sama hirisan buah limau nipis dan gosokkan pada bahagian muka,terutama wajah yang berminyak dan pada tangan , biarkan selama sepuluh minit. Cucilah dengan air bersih.

3.  Limau nipis sebagai ramuan herba dalam ramuan air mandian.
Untuk ramuan mandian bunga atau biasa boleh gunakan air perahan limau nipis,sementara buahnya dibelah dua dan digosok pada badan yang berdaki dan celahan anggota badan. Hasilnya,badan akan berbau harum,bersih dan segar.

4. Limau Nipis membantu merawat penyakit darah tinggi.
Ambil sebiji limau nipis dan perah airnya lalu dicampurkan dengan segelas air dan gula secukup rasa. Minum setiap pagi dan petang, lakukan sehingga darah tinggi anda beransur turun dan pulih.

5. Limau nipis sebagai amalan diet untuk menurunkan berat badan.
Amalkan setiap hari meminum air perahan limau nipis dua biji sehari,nescaya berat badan anda akan berkurangan. Amalkan selama sebulan,Inshaallah akan nampak perubahan pada bentuk badan anda.



0 comments :

Post a Comment

Social Icons

google pluslinkedinrss feedemail