Info Cara Kebaikan Mandi Bunga Untuk Lelaki dan Wanita



Info Cara Kebaikan Mandi Bunga Untuk Lelaki dan Wanita

Mandi bunga sering dikaitkan untuk menaikkan seri muka bagi mereka yang ingin mencari jodoh ataupun yang bakal melangsungkan perkahwinan.

Tetapi sebenarnya banyak sangat kelebihan mandi bunga, dan ianya tidak terhad untuk orang muda ataupun kepada mereka yang ingin berkahwin sahaja. Malah, ibu yang sudah mempunyai anak, wanita yang sudah berkahwin lama, orang tua malah kaum lelaki juga boleh mandi bunga.

Jika dilihat dari sudut sains, amalan mandi bunga ini adalah amat baik.

-----------------------------------------------------------------------
Blogroll
Hotel Chalet di Langkawi
Tempat menarik di Langkawi
All location in Langkawi
------------------------------------------------------------------------

Menurut Datuk Dr. Fadzilah Kamsah melalui satu sesi ceramahnya, beliau mengatakan:

'‘Mandi bunga ini dapat menaikkan seri wajah kerana badan manusia itu kembali segar selepas amalan mandi bunga dilakukan kerana khasiat yang terdapat pada bunga ini telah menyerap kedalam tubuh badan mereka'’

Biasanya, mandian bunga dicampurkan dengan 7 jenis bunga berlainan warna dan bau, serta diletakkan sepotong dua biji limau nipis dalam air rendaman. Haruman bunga merupakan terapi stress yang terbaik.

Khasiat yang terkandung dalam bunga juga menjadikan kulit lebih segar dan lembab. Manakala, aura bunga-bungaan pula akan menyerikan wajah yang kusam.

Jenis-jenis bunga yang boleh digunakan, antaranya adalah:



Melur kuning & putih - menyucikan dalaman
Mawar merah - membuatkan seseorang menjadi lebih berani dan berkeyakinan tinggi
Cempaka putih - melembut dan mewangikan badan
Bunga kenanga - menaikkan seri agar mudah didekati


Post a Comment

Previous Post Next Post